Monday, November 28, 2016

MAHA 2016: Sumber Ejen dan Dropship 2017

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau MAHA 2016 akan kembali lagi sempena cuti sekolah tahun 2016 ini. MAHA 2016 akan berlangsung daripada 1hb November sehingga ke 11hb November ini di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor. 

Fokus MAHA 2016 yang akan berlangsung selama 11 hari adalah kepada pelancongan tani, perdagangan dan gaya hidup agro, inovasi teknologi terkini. Ianya menyasarkan peningkatan sebanyak 30 peratus golongan usahawan muda melalui Agro Youth.
Sumber Dropship
Sumber Dropship dan Ejen Produk Asas Tani

Jadi ini adalah berita baik kepada semua yang nak menjadi ejen dropship ataupun pengedar produk-produk baru dan lama berasaskan pertanian dan sebagainya, inilah lubuknya. Jika anda berada berhampiran Selangor jangan sia-siakan peluang yang datang setahun sekali sahaja ini.

Jika anda pernah mengunjungi ekspo MAHA sebelum ini, anda pasti tahu bahawa terdapat ribuan produk-produk baru dan lama terutamanya yang tersedia untuk pasarkan. MAHA bukan sahaja lubuk rezeki kepada pengusaha-penguasaha pertanian dan perusahawanan, namun ianya boleh menjadi lubuk rezeki kepada ejen-ejen pemasaran yang berminat meneroka pasaran bagi produk-produk baru.

Objektif dan Peluang Menanti Anda


Untuk pengetahuan anda MAHA 2016 akan menampilkan 1,500 gerai pameran yang meliputi agensi-agensi tempatan dan juga swasta serta penyertaan dari luar negara. Diantara tarikan utama MAHA 2016 adalah seperti berikut :-
  1. Seminar perniagaan
  2. Bengkel
  3. Pelancaran produk
  4. Demonstrasi teknologi inovasi pertanian
  5. Agro bazaar
  6. Pelancongan tani
  7. Persembahan kebudayaan
  8. Demonstrasi masakan 

Sumber Dropship Anda

Nampakkan? Peluang terbesar menanti anda untuk meneroka pasaran-pasaran baru bagi produk-produk yang belum dimonopoli sepenuhnya. Jadi, jika bidang yang anda sukai adalah dropship ataupun pemasaran, persiap-sediakan diri anda sekarang.

Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah mengunjungi pameran ini, mengunjungi tapak-tapak pameran yang disediakan, melihat sendiri, menyenaraiputihkan produk yang anda rasa boleh diketengahkan dan memulakan pelan pemasaran anda menjelang tahun baru 2017.

Kenali para pengusahanya, dapatkan segala bentuk infomasi yang anda fikirkan perlu sebanyak mungkin, kerana ini boleh memperluaskan sumber dropship anda di kemudian hari. Jumpa anda di sana!

Monday, November 14, 2016

Contoh Kerja Sambilan Di Rumah.

Kerja sambilan di rumah yang mudah dan boleh anda buat untuk mencari duit tepi sebenarnya banyak. 

Terdapat lambakan pilihan kerja sambilan di rumah yang boleh anda lakukan jika anda tidak memilih seperti kerja sambilan untuk memasang barang kilang, kerja sambilan di kedai makan, berniaga di waktu malam di kawasan kejiranan anda dan bermacam-macam lagi.
kerja sambilan di rumah

Jika anda selalu bermain komputer, rajin-rajinlah Google terma kerja sambilan di rumah, belek banyak-banyak halaman Google, rajinkan diri membaca dan menyelinap halaman-halaman web tersebut, anda pasti akan terjumpa dengan berbagai-bagai benda yang bersesuaian dengan kebolehan anda. 

Cuma kebijaksanaan anda memilih akan menentukan cepat lambat kejayaannya. Namun anda tidak perlu risau, di dalam banyak-banyak pilihan yang ada, pasti ada sekurang-kurangnya satu pilihan kerja sambilan di rumah yang bersesuaian dengan anda. Tepuk dada tanya selera yang mana anda inginkan.


pokai



kerja sampingan di rumah


Banyak Pilihan Kerja Sambilan Di Rumah


Pernah tak dengar kisah abang bangla memperolehi gaji RM5,000 sebulan, bekerja sepenuh masanya full-time dan part-time. Bab part-timenya yang menarik kerana dia hanya mengambil upah kerja memotong rumput.

Dilakukannya secara bersungguh-sungguh tanpa mengira penat dan panas, kisah gajinya RM5,000 sebulan menjadi viral di Facebook. 

Ianya adalah benda yang kita tidak ambil endah sebelum ini, tetapi abang Bangla tersebut berjaya menjadikan contohnya jika kita hendak, kita akan dapat mencapainya, tak kira apa, tak kira bagaimana.

Jika anda tidak kisah membuat kerja sambilan di rumah sebegitu, upah memotong rumput sudah cukup lumayan jika kerja-kerja memotong rumput dilakukan secara bersungguh-sungguh. 

Katakan bayarannya RM30 satu halaman, kalau dikalikan dengan 30 hari, hasilnya dah RM900 sebulan. Kerja sampingan di rumah yang menguntungkan, secara sambilan sahaja. 

Anda pun boleh melakukannya jika di rumah anda ada mesin rumput. Pergi jer ke mana-mana rumah yang halamannya semak, dan beritahu servis yang anda boleh lakukan, insya Allah akan ada habuannya.

Ramai orang memandang rendah kerja menjahit kasut, tetapi sebenarnya hasil kerja menjahit kasut ini pun lumayan. Hampir semua orang perlukan kasut dan sandal yang baik dan elok, hampir tiada sesiapa pun akan membuang kasut mereka yang koyak, selagi ianya boleh dibaiki. 

Jadi, ke manakah biasanya mereka akan tuju? Ke tempat orang yang menjahit kasutlah. Jika sepasang kasut upahnya RM15 dan dalam sehari katakan mereka membaiki hanya sempat menjahit 3 pasang kasut, dalam sebulan jumlahnya 90 pasang darab RM15 bersamaan RM1,350. 

Lumayan kan? Modalnya berapa ringgit sangat untuk beli getah, tapak kasut, benang, jarum dan gam. Tapi, kerja ini tidak ramai Melayu yang minat, majoritinya dikuasai oleh orang seberang. Namun, ianya adalah satu peluang yang cerah jika tidak masakan ada orang yang sanggup melakukannya.


kerja menjahit sambilan di rumah

Biasanya di rumah orang Melayu ada mesin jahit, jika anda asah bakat anda dalam aktiviti menjahit pun boleh menjana pulangan lumayan tiap-tiap bulan. Kerja menjahit sambilan di rumah dengan hanya duduk di rumah aje sambil goyang kaki, jika hari-hari ada tempahan, hari-hari anda dapat duit. Modalnya pun rendah sahaja. 

Jika anda tiada kemahiran terdapat banyak tempat yang boleh anda pergi untuk belajar, contohnya pusat giat MARA. Namun, tempat yang paling senang dan strategik adalah di rumah anda sendiri. 

Anda boleh belajar dengan menjahit pakaian sendiri, pakaian adik-beradik, emak-ayah dan juga kawan-kawan, lama-kelamaan anda akan mahir dengannya. Inipun juga satu lagi contoh kerja sambilan di rumah yang lumayan.


kerja tukang gunting

Jika anda pandai menggunting rambut, bisnes gunting rambut pun laku. Di mana-mana sahaja boleh dilakukan, di kampong ataupun dibandar. 

Jika tak tahu nak mulakan bagaimana, anda boleh mulakan dengan menggunting rambut adik-beradik, lama-kelamaan orang akan tahu, dan anda boleh jadikan ia kerja sampingan di rumah yang berkekalan. 

Ianya merupakan salah satu kerja sambilan yang sentiasa ada permintaan dan sambutan, paling tidak pun, di awal musim persekolahan ramai ibu bapa yang memerlukan servis ini.

Jika anda orang kampong di antara sumber kerja sampingan di rumah boleh anda ambil terletak belakang rumah sahaja. Tanamlah apa-apa yang ada nilai komersil seperti cili api, limau nipis, lengkuas, kunyit, kacang botol dan bermacam-macam lagi semuanya ada harga di zaman moden ini. 

Anda tidak perlu berladang, memadai sahaja jika anda berkebun ataupun semaikan saja biji benih di kawasan tanah yang sesuai dan biarkan ia hidup sendiri. Lama-kelamaan ia akan memberikan hasil.


berkebun


Limau nipis diperlukan oleh semua restoran, lengkuas pun begitu juga, kangkong, timun batang, bendi semuanya bernilai. Tanam pisang, lagilah permintaannya sentiasa ada oleh penjual goreng pisang. 

Sebenarnya inilah lubuk duit orang-orang di kampong, berdepan dengan kenaikan harga barangan, mereka memonopoli barisan hadapan sebahagian barangan dapor dan jangan terkejut jika mereka boleh hidup dengan kerja-kerja sampingan di rumah begini kerana barangan sebegini mempunyai nilai pasaran yang tinggi, terutamanya sejak akhir-akhir ini dan nilai hasil pasarannya akan semakin meningkat mengikut peredaran masa.

Semua benda-benda ini ada harganya cuma kita yang tak nak mengambil peluangnya. Benda-benda inilah yang yang saban hari meningkat harganya. Jika kita ke pasar kadang-kadang kita akan terjumpa buah jambu golok ataupun disebut gajus yang harganya 3 biji seringgit

Nampak tak nilainya, kalaulah kita sendiri yang tanam dan jualkan boleh anda bayangkan berapa nilainya di pasaran? Semua benda-benda yang simple ini tinggi nilainya. Benda mudah yang boleh dibuat secara sambilan hanya dari rumah sahaja.

Itu adalah sebahagian kerja-kerja sampingan di rumah yang boleh anda usahakan. sebenarnya ada bermacam-macam kaedah lagi jika anda benar-benar nak cari duit lebih. 

Jika anda bersembahyang Jumaat di kebanyakan masjid, cuba perhatikan terdapat ramai peniaga mengambil kesempatan berniaga di kawasan masjid kadang-kadang kita akan terjumpa (sebenarnya ramai) yang menjual minyak wangi. 

Menjual minyak wangi sebenarnya memerlukan modal yang kecil sahaja, tetapi jika anda menjualnya dengan tetap dan rajin, upah bulanannya boleh kalah cikgu yang mengajar di sekolah. 

Tak percaya? Cuba korek cerita daripada kawan-kawan anda yang meniaga minyak wangi, kalau ada. Jika betul caranya anda tidak akan kecewa dengan hasilnya.


Pilihan Kerja Sambilan Di Rumah

Tetapi jika anda tidak suka dengan kerja-kerja sampingan di rumah yang penat, panas dan berat terdapat pilihan kerja sampingan yang lain juga. 

Jika anda mahir menggunakan komputer, Facebook, Whatsapp dan lain-lain media social anda boleh memilih mana-mana program kerja sampingan di rumah yang anda tahu. 

Jika anda tidak tahu bagaimana nak bermula bertanyalah kepada yang tahu, ataupun beli dan bacalah buku-buku yang berkaitan dengannya ataupun belilah e-book dan bacalah daripada orang-orang yang memang dah mahir di dalam bidang masing-masing dan sekiranya anda sayangkan duit, Googlelah insyaAllah anda akan jumpa formula dan caranya.

financial freedom for everyone

Membuat Pilihan Kerja Sampingan di Rumah yang Sesuai dan yang Anda Minati


Di antara bisnes online yang paling popular ialah bisnes affiliate daripada platform Klikjer, bisnes dropship dan affiliate EdyMall, dan juga program affiliate Dutanaga

Sebenarnya banyak lagi pilihan kerja sampingan di rumah yang ada dan jika anda ingin memulakan langkah baru di bidang perniagaan online, apa salahnya jika baca-baca dulu mana yang patut, kaji kelebihan dan kekurangan masing-masing dan mulakan langkah anda dengan hati yang tetap. 

Melakukan kerja sampingan di rumah secara online ini memerlukan banyak masa mengkaji, mencuba dan hati anda kena kering kerana kadang-kadang anda telah mencuba segalanya, hasilnya masih kabur. 

Dipendakkan cerita anda kena cuba dan bersedia menerima kekalahan. Tiada jualan, respon yang negatif, barang jualan yang kurang ataupun tiada permintaan, kegagalan anda dalam mempromosinya adalah di antara asam-garam yang perlu anda tempuhi.

Platform Klikjer

affiliate klikjer

Jika anda sudah bersedia anda boleh bermula dan mengkaji program-program kerja sampingan di rumah ini. Contohnya program affiliate Klikjer yang merupakan salah satu platform affiliate popular kat Malaysia sekarang ini, ianya percuma untuk anda daftar dan mulakan. 

Sebenarnya ramai yang dah tahu dan mempromosikan biz ini namun ramai juga yang tidak pernah dengar atau tidak mengambil peluang tersebut. Anda cuma perlu daftar secara percuma kemudian selepas pendaftaran anda cuma perlu pilih mana-mana produk e-book yang tersedia di Klikjer, kemudian promosikan produk tersebut melalui link yang anda daftarkan itu. 

Terdapat banyak cara yang boleh anda gunakan. Paling senang ialah dengan menggunakan cara promosi dengan Facebook, salah satu teknik termudah dan terkini dimana anda boleh melakukannya di mana sahaja semudah dengan menggunakan smartphone anda ataupun boleh juga dibuat dengan teknik Instagram ataupun blog ataupun apa-apa cara yang anda fikirkan sesuai untuk mempromosikannya. 

Setiap jualan yang terhasil, anda akan memperolehi komisyen pada setiap akhir atau awal bulan berikutnya.

Program Edymall


Pilihan seterusnya pula adalah Edymall. EdyMall pula adalah platform biz affiliate dan juga dropship bagi kebanyakan barangan popular. Pendaftarannya juga adalah percuma, caranya juga hampir sama dengan yang di atas cuma anda boleh menjalankan bisnes dropship daripada platform EdyMall ini. 

Setelah pendaftaran anda aktif, cari, kaji dan pilih mana-mana produk yang disediakan yang boleh anda usahakan kemudian promosikan dengan cara yang anda fikirkan sesuai. Banyak produk-produk popular terdapat di sini. 

Ramai orang yang menjalankan bisnes dropship dengan EdyMall, dan ramai yang dah berjaya dengannya juga. Jadi, jika anda kekurangan modal untuk berbisnes sendiri seperti orang lain, platform dropship ini adalah salah satu pilihan terbaik untuk anda ceburi sebagai kerja sampingan di rumah.

Program Affiliate DutaNaga (Berbayar)


Manakala pilihan kerja sampingan di rumah yang ketiga adalah program Dutanaga dimana Dutanaga pula adalah platform yang sedikit berbeza namun ianya merupakan model terbaik cari duit dan buat duit. Ianya berbayar, tetapi pendaftaran permulaan adalah juga PERCUMA

Setelah anda menjadi ahli berbayar yang aktif, anda boleh memulakan promosi link keahlian anda untuk setiap komisyen yang dibayar sehingga rm50. Namun, yang lebih penting adalah kandungan bisnesnya. 

Dutanaga adalah program affiliate yang mengajar anda bagaimana untuk mempromosikan apa-apa saja produk yang anda ada ataupun yang anda mahu pasarkan melalui Facebook dengan kaedah zero cost marketing

Anda akan belajar bagaimana mencari prospek berkualiti yang anda perlukan, bagaimana untuk menukar prospek anda menjadi customer dan banyak lagi teknik-teknik pemasaran internet. Klik link ini untuk mendapatkan gambaran bagaimana Dutanaga berfungsi. 

Pilihan ketiga ini merupakan yang terbaik kerana dalam modul ini anda akan mahir teknik-teknik mencari pelanggan tak kira bisnes apa yang anda ceburi. Jika anda hendak menjual produk fizikal di Facebook, ini caranya dan ramai orang yang perlukan teknik sebegini. 

Jika anda hendak menjual produk digital, ini juga caranya malahan sekiranya bisnes anda berbentuk servis seperti event management, bisnes berkaitan perkahwinan, fotograpi, broker dan pelbagai lagi, ini juga caranya. Jadi anda boleh mula berkenalan dengan Dutanaga ini.

Program Affiliate Antarabangsa

affiliate clickbank

Jika anda suka dengan blog dan website, banyak program affiliate lain yang boleh anda pilih contohnya Adsense, program affiliate dari Amazon, program affiliate Clickbank dan bermacam-macam lagi lah. 

Anda boleh survey sendiri di Google untuk membuat pilihan yang datang dalam pelbagai bentuk cuma anda perlu tapis yang mana betul dan yang mana menipu. Membuat program part time dengan blog boleh dikatakan sungguh lumayan jika anda berjaya mengharunginya, kerana potensi pasaran yang luas terutamanya daripada luar negara dan hasilnya juga lumayan kerana anda akan dibayar dalam bentuk USD

Terdapat ramai orang Malaysia yang dah berjaya menjana empat ataupun lima angka sebulan dengan program-program ini.

Namun, rintangannya juga besar. Pertamanya anda mesti boleh berbahasa Inggeris kerana inilah medan utamanya. Tanpa bahasa Inggeris anda akan gagal sepenuh kerana bakal pelanggan anda bertutur, membaca dan memahami bahasa Inggeris, jadi anda harus bersedia dengannya suka ataupun tidak. 

Berblogging dengan bahasa Inggeris tidak mudah bagi ramai orang namun ianya tidak mustahil. Anda boleh mencubanya dengan blog percuma dahulu seperti blogger.com

Selain itu, ianya memerlukan kesabaran yang tinggi, pengetahuan yang meluas mengenai teknik berblogging termasuk memahami dan memasang kod, menulis artikel, mempromosi artikel blog anda dan pelbagai cabaran lain. 

Namun, ianya bukan lagi mustahil di zaman IT ini, semua maklumat yang anda perlukan hanya di hujung jari sahaja. Usaha tangga kejayaan.


kerja part time online di rumah


Jadi sesungguhnya platform-platform di atas boleh membantu anda menjadi usahawan kampong dan internet yang berjaya, cuma ianya bergantung kepada usaha anda sendiri dan juga tahap kesabaran anda menghadapinya. 

Semua contoh kerja sampingan di rumah di atas memang popular di Malaysia dan ramai yang melakukannya. Jadi, jika hendak berjaya seperti mereka anda kena mulakan langkah pertama dahulu iaitu survey, kaji dan membuat pilihan yang bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan anda. 

Tiada yang mustahil di zaman moden ini, cuma anda kenalah pilih yang mana bersesuaian, yang mana halal dan haram, yang mana senang dan yang susah.

Mahukan pilihan kerja sampingan di rumah yang terbaru? Cuba bisnes ini juga! Anda tidak akan kecewa dengan potensi besarnya, kerana ramai yang dah membuktikannya. 

Masalah kenaikan harga minyak dan harga barang, kenaikan taraf hidup, kenaikan kos kehidupan menjadikan ianya peluang yang besar untuk anda mendalaminya kerana jika anda tidak berminat orang lain akan merebutnya. 

Anda boleh menjadikan program ini sebagai kerja sambilan di rumah jangka masa panjang, hasilnya juga adalah lumayan. Cuba klik link contoh mana-mana kerja sampingan di rumah yang kat atas, anda boleh mula membaca dan memahani selok-beloknya sebelum melakukannya.

Sunday, November 13, 2016

Cara Daftar Tone Excel Online Autodownline

Nak tahu cara daftar tone excel online melalui sistem autodownline? Sistem autodownline akan memudahkan anda mendapat tajaan kerana melalui sistem ini anda akan mendapatkan limpahan downline daripada upline anda.

Bagaimana ianya boleh berlaku? Melalui sistem tajaan autodownline, setiap ahli hanya akan mempunyai ataupun dengan kata mudah mendapat 10 ahli tajaan sendiri ataupun limpahan sahaja, jadi ahli tajaan yang selebihnya akan melimpah kepada ahli tajaan yang lain. Jadi potensi anda mendapat ahli tajaan menjadi agak mudah.

Cara mendaftar dengan sistem autodownline.

Cara Daftar Tone Excel Online


Klik link ini untuk mendaftar sistem autodownline. Kemudian log in menggunakan email dan password yang anda telah daftarkan.

Cara Daftar Tone Excel Online Autodownline

Kemudian klik ugrade, lihat image di atas (2), rujuk kepada imej di sebelah

Cara Daftar Tone Excel Online Autodownline 2

Done! Pendaftaran anda di sistem autodownline dah selesai. Anda telah pun menjadi ahli biz tone excel secara autodownline. Dalam masa lebih kurang seminggu anda akan mendapat simkad biz anda dan juga buku panduan.

Harus diingat anda akan juga mendapat 1 web duplikasi seperti di atas untuk memudahkan anda membuat tajaan nanti. Ambil masa anda untuk membaca dan menyelongkar maklumat-maklumat di dalamnya yang mungkin berguna untuk anda.

Nak cepat berjaya seperti orang lain? Caranya senang dan ianya lebih mudah dengan sistem ini, anda hanya kenalkan biz anda ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan rapat anda. Daftarkan mereka melalui link anda itu.


Cara Mempromosikan Produk Secara Online dengan Whatsapp

Cara mempromosikan produk secara online dengan Whatsapp kini menduduki trend teratas di Malaysia. Siapa yang tidak mempunyai akaun whatsapp hari ini? Hampir semua pengguna smart phone menggunakannya daripada peringkat pelajar, suri rumah, para pekerja dan juga para peniaga kecil dan besar, malahan Malaysia tercatatkan sebagai di antara pengguna tertinggi application Whatsapp di dunia.

Jika anda seorang peniaga, cuba anda perhatikan hampir kesemua peniaga-peniaga online dan juga offline menggunakan hand phone dan Whatsapp mereka sebagai cara mempromosikan produk secara online

Jadi cara mempromosikan secara langsung ini adalah merupakan senjata bagi mereka dan kemungkinan besar anda juga pengguna setianya samada ada pengguna biasa ataupun sebagai seorang usahawan.

Jadi jika anda seorang peniaga, gunakanlah application anda itu secekap mungkin sebagai cara mempromosikan produk secara online, sebagai cara promosi penjualan untuk close customer anda dengan bijaksana kerana ianya adalah susunan kata-kata cara mempromosi barang jualan yang sistematik, secara langsung dan juga seolah-olah secara lisan agar urus niaga cepat laku dan sememangnya ianya perlu dibuat dengan penuh teratur agar menarik perhatian prospek anda dan seterusnya memudahkan urusan pembelian.

Pendekatan yang baik dan betul akan membuahkan hasil yang menggunung kerana anda betul-betul berdepan dengan prospek anda di dalam posisi `membeli'. Ya, dalam posisi yang paling hampir untuk melakukan pembelian dan dengan itu cara promosi penjualan sebegini boleh digunakan untuk semua jenis produk seperti makanan, minuman, makanan ringan, produk kecantikan, produk kesihatan, mlm dan termasuk juga untuk mempromosikan produk affiliate seperti menjual e-book, insuran, jual-beli kenderaan malahan ada ahli bisnes yang menggunakannya untuk event bisnes masing-masing.

Banyak kegunaan applikasi Whatsapp sebenarnya dan hampir kesemuanya menuju ke arah closing sale. Sememangnya teknik mempromosikan produk secara langsung ini akan menjadikan anda sibuk, tak menang tangan jika anda tahu kemahiran mengawalnya.

Jadi, anda sendiri haruslah bersedia untuk menghadapi pertanyaan demi pertanyaan yang akan menghuru-harakan hand phone anda dan anda juga harus bersedia dengan Whatsapp setting yang betul, teknik menjawab yang bernas, teknik memujuk yang berkesan malahan jika anda berpengetahuan anda boleh pula menyedut nombor telepon bakal prospek anda dengan hanya mengunakan applikasi Whatsapp anda tanpa perlu menghabiskan duit dengan Facebook ads, instagram, Google Adwords dan sebagainya. Ianya akan menjadi totally zero cost marketing.

Tak kira apa produk yang anda jual, teknik dan ilmulah kuncinya. Anda kuasai kuncinya, bisnes anda akan meletup-letup, anda tidak mempunyai kuncinya, kedai bisnes anda akan menjadi malap. Sebab itulah ada sesetengah peniaga online dan offline yang begitu berjaya membuat jualan sehingga mencecah tiga atau empat angka sehari, dan ada juga peniaga online dan offline yang totally gagal, gagal menjual walaupun satu jualan sehari malahan tiada jualan langsung dalam sebulan, ini disebabkan walaupun kedua-dua kes atau contoh mereka di atas mempunyai dan menggunakan applikasi Whatsapp yang sama. Result atau keputusan sesungguhnya berbeza bergantung kepada pengetahuan dan skill masing-masing.
cara mempromosikan produk

Gabungan Teknik Whatsapp Power - Zero Cost Marketing

TERBARU! Tahukah anda bahawa teknik Whatsapp power boleh membantu anda melakukannya? Walaupun anda tidak pernah melakukannya sebelum ini, walaupun anda baru belajar berniaga. Teknik ini secara amnya mengajar anda cara setting application Whatsapp anda dengan betul, kemas dan teratur, namun begitu ianya juga datang dalam bentuk membantu meluaskan lagi skop mendapatkan dan juga menjinakkan bakal prospek anda ke arah posisi membeli. 

Bayangkan jika anda mahir dengan teknik bagaimana nak menyedut nombor hand phone bakal pelanggan anda untuk menyertai anda dalam group yang anda sendiri kelolakan. Anda bertindak sebagai admin yang mengawal pergerakan group tersebut ke arah posisi membeli produk yang anda jualkan. Hebat bukan? Jadi itulah fokus utama teknik Whatsapp power ini.

Bayangkan jika anda mampu mengumpulkan 1,000 nombor prospek ke dalam Whatsapp anda sendiri supaya anda mudah mempromosikan produk anda terus kepada mereka tanpa gangguan daripada pesaing anda, supaya anda boleh mempengaruhi mereka supaya membeli barang jualan anda dengan hanya tekan keypad daripada meja makan anda sendiri. 

Bayangkan bagaimana anda boleh membuat keuntungan daripada sumber itu lagi dan lagi, maka anda tidak perlu keluar rumah untuk mencari perkerjaan lain malahan anda juga tidak perlu bersusah payah mencari apa-apa kerja sampingan bagi mengurangkan beban kewangan. Semuanya mudah hanya dihujung jari. Jadi di sinilah point-point yang diketengahkan melalui teknik Whatsapp power. 

Anda pelajari tekniknya, mahirkan diri dengan selok-belok settingnya supaya proses penjualan anda menjadi semakin mudah.

Script Copywriting - Teknik Ayat Power Pun Ada

Bagaimana dengan ayat power pulak? Ya, ini pun ada tersedia bersama pakej ini. Teknik copywriting ataupun ayat-ayat power juga tersedia dengan teknik Whatsapp power ini yang memudahkan anda mendapat idea bagaimana untuk memperkasakan promosi yang anda sedang buat. 

Anda cuma ambil contoh yang tersedia kemudian ubahsuai mengikut kesesuaian bisnes anda dan praktikkan. Jadi anda kuasai teknik menjual dengan Whatsapp beserta dengan teknik copywriting yang berkesan untuk menghasilkan jualan yang memberangsangkan. 

Jadi anda dan bisnes anda perlu dilengkapi dengan teknik-teknik ayat power ini secepat mungkin kerana tanpanya proses menjual akan menjadi hambar dan prospek anda dengan mudah akan beralih arah kepada pesaing anda.

Persaingan yang sengit dalam apa bentuk perniagaan sekarang ini tidak boleh dinafikan lagi dan ini boleh menjadikan situasi perniagaan anda menjadi semakin pudar dan anda boleh kehilangan jualan dengan mudahnya kepada pesaing anda. 

Kehilangan seseorang pelanggan yang sudah hampir membeli adalah sesuatu yang memeritkan, jika anda pernah laluinya anda boleh tahu kesannya sehinggakan boleh menyebabkan emosi terganggu, makan pun tak berselera, mood akan jatuh. 

Jadi teknik mempromosikan produk dengan berkesan adalah perlu dimahiri dengan susunan kata-kata yang mempengaruhi emosi bakal pembeli, susunan testimoni yang boleh anda tunjukkan kepada bakal pelanggan anda malahan teknik setting pada Whatsapp juga harus diberi perhatian supaya bakal pelanggan anda sedar mereka berurusan dengan penjual yang sebenar dan berkaliber. 

Jadi, cara promosi yang bijak adalah menggunakan sebaik mungkin segala senjata pemasaran yang ada, dan yang paling berkuasa di antaranya adalah ayat-ayat yang power yang perlu anda pelajari agar penerimaan bakal pembeli anda menjadi menarik dan urusan jual-beli menjadi mudah.

Imej Produk dan Teknik

Selain daripada itu, anda juga memerlukan tool lain yang boleh membantu anda dalam cara promosi penjualan secara online ini, contohnya aplikasi-aplikasi untuk melukis dan mengedit imej produk anda kerana imej produk juga adalah alat atau teknik yang amat berkesan dalam menonjolkan produk di internet. 

Tanpa gambar, iklan anda menjadi hambar, Kehambaran imej juga boleh mengurangkan daya tarikan iklan anda. Tentu anda pernah melihat gambar-gambar yang dihasilkan oleh peniaga-peniaga lain yang cantik, kemas dan memberi maksud yang tepat kepada barang jualan mereka, dan ini juga merupakan satu lagi kemahiran yang perlu anda ada dan kuasainya. 

Sekeping gambar produk yang cantik dan kemas boleh menceritakan seribu perspektif yang baik kepada produk itu sendiri dan mungkin ianya menjadi lebih berpengaruh walaupun tanpa adanya ayat-ayat promosi. Gambar boleh menceritakan segala-galanya.

Gabungan ayat power dan gambar produk yang menarik boleh menjadi senjata yang sangat kuat dalam jualan anda. Jadi anda perlu melengkapkan teknik promosi anda dengan alat-alat ini dan cara melakukannya.

Jadi sekali lagi, cara mempromosikan produk secara online yang betul memerlukan anda mengumpulkan kesemua senjata yang anda ada dan perlukan, dan ini menjadikan pertempuran anda dengan bakal pelanggan akan menjadi lebih mudah dan sistematik. 

Bila kesemuanya sudah sistematik, keputusan akan mudah berpihak kepada anda, sebagai seorang penjual. Jadi secara ringkasnya teknik Whatsapp power adalah teknik mengumpulkan segala jenis senjata untuk digunakan secara bersama oleh penjual-penjual moden yang berjuang dengan prospek masing-masing sebagai cara yang efektif untuk mempromosikan produk masing-masing dan memenangi pertempuran tersebut.

Kesemua teknik-teknik ini perlu digabungkan, disusun, diolah dengan teratur supaya anda menjadi sentiasa bersedia dan juga memudahkan bakal pelanggan anda berurusan. Andai kata anda tidak bersiap-sedia, gugup, kalut ataupun lambat memberi reaksi terhadap pertanyaan atau keperluan mereka, anda boleh kehilangan mereka, anda boleh kehilangan mereka hari ini, esok dan mungkin sampai bila-bila.

Kegagalan sebeginilah yang akan merugikan peluang anda dalam berniaga, ianya boleh menjadikan prospek anda menjadi serik dan takut berurusan dengan anda. Kegagalan sebegini perlu diatasi sekiranya anda ingin menjadikan bisnes sebagai darah daging anda.

Namun jika ianya dapat diatasi, masa depan anda dalam bidang jualan akan menjadi sangat cerah dan peluang anda terbuka luas dalam bidang jualan dan juga pengurusan pelanggan. Kemahiran anda dalam teknik pengurusan pelanggan akan meletakkan anda sentiasa di atas, walaupun di kala orang lain tengah tenat mengharungi kegawatan kewangan.

Selain itu terdapat banyak lagi bonus-bonus yang boleh anda dapati daripada ebook teknik Whatsapp power ini. Di antaranya, teknik menambah kenalan yang sangat targeted di akaun Facebook. Inipun adalah satu senjata yang penting kerana apabila rakan-rakan Facebook anda targeted, proses mempromosi dan proses menjual menjadi cepat viral, dan menjadi mudah dikenali. 

Ini adalah seperti konsep iklan di tv contohnya KFC, walaupun KFC dikenali ramai di seluruh dunia namun bila kita perhatikan iklannya muncul setiap waktu, setiap hari, setiap minggu malahan sepanjang tahun kerana proses branding ini juga amat penting dalam perniagaan. 

Proses branding ini menjadikan produk jualan anda menjadi sebutan, ingatan dan juga trend dan ianya berlaku bila ianya menjadi viral atau menjadi buah mulut, apa sahaja bidang perniagaan sebegini akan menjadi cepat berkembang. 

Sememangnya betul, contohnya adalah lebih mudah kita bercerita dengan kawan yang mempunyai pengetahuan yang sama dengan kita berbanding dengan kawan yang berlainan ilmu. Proses jualan dan perniagaan pun sama juga sebenarnya.

Selain itu terdapat banyak lagi bonus-bonus yang terdapat di dalam ebook ini, kesemuanya adalah berkisar dengan cara mempromosikan produk melalui media massa terutamanya menggunakan Whatsapp. 

Akhir sekali terdapat juga link affiliate yang boleh anda gunakan untuk menjual e-book teknik mempromosikan produk dengan Whatsapp power ini kepada rakan-rakan anda yang berminat ataupun rakan-rakan bisnes anda, jadi anda pun boleh menyebarkan ilmu ini kepada orang lain sebagai sumber pendapatan anda pula. Ilmu Whatsapp power ini adalah sesuatu yang tidak boleh diketepikan lagi sekarang ini kerana ilmu-ilmu sebegini boleh menjadikan kita berjaya dalam sekelip mata jika ianya betul-betul dipraktikkan. 

Untuk info lanjut anda boleh baca melalui link ini. Selamat berjuang kepada para peniaga sekelian

Thursday, October 13, 2016

Teknik Terbaru Beli Kereta Tanpa Slip Gaji

Beli kereta tanpa slip gaji nampaknya bukan lagi mustahil pada masa kini. Terdapat pelbagai cara yang boleh anda usahakan, di antara yang popular adalah jenis sambung bayar sahaja maksudnya anda tidak perlu melalui urusan bank, tidak perlu membuat pinjaman, tanpa slip gaji secara amnya, anda hanya perlu mencari bakal `penjual', kemudian berurusan dengannya, selesai mencapai kata sepakat, buat bayaran yang sepatutnya dan bawa balik kereta tersebut. Namun begitu pilihan sebegini sangat berisiko tinggi kepada `penjual' dan juga `pembelinya'.

Beli Kereta Tanpa Slip Gaji dan Buat Duit dengannya.

Jika anda benar-benar tidak mempunyai slip gaji, ataupun gaji bulanan anda agak padat dengan komitmen yang sediada, ada cara yang lebih mudah dan boleh digunapakai. Ianya ibarat pinjaman mudah tanpa slip gaji, tetapi anda bukannya perlu meminjam samada daripada bank, syarikat kewangan ataupun orang perseorangan. Baca lagi peranggan di bawah.

Tahukah anda bahawa terdapat cara baru bagaimana anda boleh membeli kereta tanpa slip gaji, tanpa penjamin, tanpa melibatkan bank? Skim pembelian kereta ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang memerlukan kereta namun dibelenggu masalah birokrasi bank yang bermacam-macam jenis. Walaupun anda sudah disenarai-hitamkan oleh bank disebabkan pinjaman kenderaan lampau, rumah, pinjaman perniagaan ataupun masalah hutang kad kredit anda masih berpeluang mempunyai kereta sendiri dengan cara ini.

Walaupun siapa anda! Skim ini terbuka kepada anda:

  1. Muflis, 
  2. Blacklisted, 
  3. CCRIS,
  4. CTOS, 
  5. AKPK,
  6. Pesara,
  7. Pelajar IPTA / IPTS,
  8. Warga Asing,
  9. Bekerja Sendiri,
  10. Suri Rumah,
  11. Gaji yang sudah melebihi komitmen yang sediada,
  12. dll
Jadi semua situasi di atas bukanlah penghalangnya, kerana anda boleh beli kereta tanpa slip gaji, tanpa penjamin dengan skim ini walaupun sebelum ini anda telah mempunyai rekod kewangan yang buruk. Skim ini juga terbuka kepada peniaga kecil-kecilan, peniaga besar, peniaga pasar malam termasuk juga warga emas, Ianya juga cukup mudah, tanpa penjamin seperti prosedur biasa dan jika anda mempunyai deposit secukupnya, kereta idaman anda boleh dibawa pulang dalam tempoh 2-24 jam sahaja.

Kebanyakannya adalah kereta baru jika itu yang anda inginkan, tetapi ada juga sebahagian kereta terpakai jika anda berminat dengan kereta terpakai dan yang pastinya bukan kereta sambung bayar di mana anda berisiko tertipu. Skim ini juga tidak menyalahi undang-undang dan ianya mempunyai perjanjian opsyen beli yang sah.

Program yang bernaung di bawah AGR HOLDING BERHAD (1186174-V) ini dinamakan AGR cartrade yang mula diperkenalkan sejak 2014 lagi.

Syarat adalah mudah sahaja, tanpa perlu membuat pinjaman, tanpa perlu slip gaji, tanpa perlu pelbagai bentuk dokumen dan juga tanpa penjamin.
beli-kereta-tanpa-slip-gaji

Syarat Skim Kenderaan Mudah Milik (SKMM)

  1. Deposit 20% daripada harga kereta
  2. Salinan kad pengenalan / passport (warga asing)
  3. Salinan lesen memandu yang sah
  4. Bil utiliti samada bil elektrik, air ataupun Astro
Hanya itu sahaja dokumen yang diperlukan dan tempoh pemprosesannya pula adalah kurang daripada 24 jam sekiranya stok kereta yang anda inginkan sediada di bilik pameran namun jika model kereta yang anda inginkan tiada, maka anda kena menunggu sehingga stok tersebut tiba, dan anda akan dimaklumkan kelak oleh pihak AGR Cartrade.

Skim ini telah mendapat respon yang baik daripada pengguna sejak 2014 lagi, cuma kebanyakan bakal pelanggan AGR Cartrade kurang berkemampuan dengan deposit 20% yang telah ditetapkan walaupun begitu terdapat lebih dari 800 buah kereta berjaya dikeluarkan semenjak 2015 lagi.

Kelahiran Pelan Smart Auto Plan (SAP)

Berkisar daripada situlah, pihak AGR telah merangka satu pelan pemasaran yang merangkumi member get member untuk kemudahan bakal pelanggan yang berminat menyertainya. Terdapat tiga plan sebenarnya bagaimana anda boleh membeli kereta idaman anda.

  1. Pilihan Pertama: Untuk golongan yang boleh membuat pinjaman kereta dan mempunyai rekod kewangan yang baik, anda boleh meneruskan pembelian dengan kaedah yang biasa seperti mana anda berurusan dengan pengedar-pengedar kereta baru dan terpakai yang lain. Bayaran ansuran bulanan dibuat kepada bank mengikut jumlah pinjaman kereta yang anda telah buat.
  2. Pilihan Kedua: Skim Kereta Mudah Milik iaitu disediakan untuk golongan yang mempunyai deposit secukupnya dari harga kereta pilihan walaupun rekod kewangan tidak secantik golongan pertama diatas. Deposit yang dibayar telah termasuk dengan insuran dan roadtax bagi tahun pertama. Terma perjanjian yang dibuat dengan pihak AGR Cartrade adalah Sewa dengan Opsyen Membeli, di mana bayaran bulanan dibayar kepada pihak AGR Cardtrade (loan kedai). Sebelum anda membeli dengan pilihan ini, anda boleh mendaftar dan membuat Pra-Booking dulu melalui Smart Auto Plan (SAP).
  3. Pilihan Ketiga: Smart Auto Plan di mana program ini diwujudkan kepada golongan yang berminat membeli kereta tetapi tidak ataupun kurang mampu menyediakan deposit yang secukupnya, tidak mampu membuat bayaran ansuran bulanan dan juga kepada yang mempunyai rekod kewangan yang tidak cantik yang diperlukan untuk membuat pembelian kereta. Program SAP ini mewujudkan satu peluang membeli kereta sambil membuat duit. Anda juga perlu mendaftar ahli Smart Auto Plan.

Mana-mana pilihan yang anda buat di atas, anda perlu memilih pra-booking (cengkeram) mengikut pakej yang disediakan oleh pihak AGR Cartrade seperti di bawah.

Pilihan Pra-Booking Mengikut Pakej yang Disediakan:


  1. Silver: Pra-booking sebanyak RM300, untuk kereta yang berharga RM60k ke bawah
  2. Gold: Pra-booking sebanyak RM1,500 untuk kereta yang berharga RM120k ke bawah
  3. Platimum: Pra-booking sebanyak RM3,000 untuk kereta yang berharga RM200k ke bawah
  4. Titanium: Pra-booking sebanyak RM6,000 untuk kereta yang berharga RM210k dan ke atas.

Wang pra-booking yang dibuat adalah termasuk dalam harga deposit bagi kereta pilihan anda tersebut. Setelah membuat bayaran pra-booking tersebut, anda telah pun terlantik sebagai agen AGR Cartrade secara part time, di mana anda boleh menikmati bonus yang disediakan oleh pihak syarikat AGR Cartrade dan menggunakannya sebagai deposit bila jumlahnya sudah mencukupi. Lebihan bonus jika ada boleh pula digunakan untuk membuat ansuran bulanan dan jika masih ada lebihan bonus, ianya boleh dikeluarkan oleh anda. Anda hanya perlu maintan bonus anda untuk membayar ansuran bulanan.

Bagaimana Anda Boleh Memanfaatkan Sistem SAP? Bagaimanakah caranya?

  1. Daftar percuma di web sistem Smart Auto Plan.
  2. Join pra-booking serendah RM300 sahaja (silver).
  3. Kumpul deposit kereta anda dengan memperkenalkan sistem SAP ini kepada 2 orang kawan
  4. Terangkan dan bantu kawan-kawan anda itu memperkenalkan kepada kawan-kawan yang lain melalui teknik di atas.
Skim networking atau Smart Auto Plan ini sebenarnya menyediakan peluang yang besar kepada ahli-ahli yang mahukan pendapatan sampingan, teknik buat duit yang mudah dan memberangsangkan sambil menolong para ahli yang memerlukan kenderaan sebagai keperluan pengangkutan.

Bila anda mendaftar sebagai ahli berbayar, ataupun pre-booking, anda sebenarnya telah selangkah ke arah memiliki kenderaan idaman anda itu. Anda cuma perkenalkan skim ini kepada  dua orang sahaja, dan mengajar mereka membuat perkara yang sama kerana setiap seorang ahli yang anda perkenalkan anda akan mendapat insentif yang disediakan oleh pihak Agr Cartrade.

Di Antara Bonus yang Tersedia untuk Anda

  1. Pension Bonus: Dibayar mengikut jualan syarikat setiap bulan dimana AGR memperuntukkan sebanyak 5% daripada jualan syarikat kepada ahli pakej sehingga cukup maksima pembayaran mengikut pakej yang dipilih.
  2. Introducer Bonus: Dibayar kepada ahli baru yang anda perkenalkan mengikut pakej anda dan pakej dia, minima sebanyak RM120. Sila rujuk link di bawah untuk penerangan lanjut.
  3. Presenter Bonus dibayar kepada anda sekiranya anda memperkenalkan dan mendaftarkan program ini kepada ahli baru.
  4. Development Bonus adalah bonus yang disediakan bila terbentuk dua kumpulan ahli kiri dan kanan anda.
  5. Roll-Up Introducer Bonus: Sila link dibawah untuk lebih memahami sistem Roll-Up Introducer Bonus
  6. Flushing Bonus adalah bonus yang dibayar berdasarkan jika terdapat hanya satu rangkaian sahaja dalam tempoh dua bulan (pampasan bonus).
  7. Maintenance Bonus. Tidak diwajibkan, maintainan bulanan sebanyak RM150 membolehkan anda menerima tambahan development bonus
  8. Extravaganza Bonus. Ini adalah bonus point yang terkumpul melalui jaringan bisnes yang anda bina itu.
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan bonus-bonus di atas sila ikut link Usahawan Agr ini.

Ramai ahli-ahli AGR Cartrade yang telah berjaya dengan skim ini. Mereka bukan sahaja berjaya mendapatkan kenderaan idaman tetapi juga berjaya memperolehi ratusan malahan ribuan ringgit setiap bulan hasil daripada usaha memperkenalkan skim ini kepada orang lain yang memerlukannya. Jangan lupa layari bahagian testimoni di link di atas di mana terdapat ramai yang telah melakukannya.

Mahukah anda percaya jika dikatakan yang mereka ini sebenarnya mendapat lebih daripada itu? Skim yang dilengkapi dengan 8 jenis bonus seperti di atas memberikan banyak faedah yang tidak dimiliki oleh pembeli-pembeli kereta biasa.

Tidakkah anda percaya bahawa mereka ini seolah-olah memperolehi kenderaan secara percuma, kerana setelah mereka  berjaya mempromosikannya, mereka mempunyai wang lebihan ataupun bonus yang banyak untuk menampung bayaran bulanan kenderaan masing-masing, tidak termasuk wang saku masing-masing.

Jangan terkejut jika anda dapati mereka semua ini lebih senang membuat pembayaran ansuran bulanan berbanding mereka yang membuat pinjaman dari bank komersial sediada. Namun semua itu anda boleh nilaikan sendiri, klik dan bacalah semua testimoni-testimoni yang tersedia.

Dan, anda juga jangan terkejut sekiranya skim ini bertambah besar sedikit masa lagi kerana jumlah orang yang gagal membuat pinjaman bank untuk kenderaan sangat ramai di luar sana. Jumlah kegagalan semakin bertambah saban tahun bukan sahaja disebabkan senarai hitam, tetapi ada yang gagal disebabkan nilai pinjaman tersekat kerana nisbah gaji yang kecil berbanding keperluan termasuk perbelanjaan peribadi, perumahan, pembayaran pembelajaran, perubatan, insuran peribadi dan macam-macam sebab lagi.

Terdapat pelbagai kereta untuk anda pilih daripada model-model Proton, Perodua, Honda, Toyota, Kia dan pelbagai lagi. Sila rujuk link di atas untuk melihat model-model yang sediada di ruang pameran AGR Cartrade.

Jadi, jika anda bermasalah untuk membeli kenderaan idaman anda kerana birokrasi institusi kewangan, ataupun anda mahu mencari duit lebih sebagai kerja sampingan, anda harus mencubanya, baca perlahan-lahan, hadamkan sistem yang disediakan, daftar percuma, kemudian buat pre-booking dan mulakan mencari rakan ataupun prospek anda. Banyak cara yang boleh anda usahakan dengan program beli kereta tanpa slip gaji ini samada secara offline ataupun menggunakan social media seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp dan bermacam-macam jalan lain lagi. Selamat berusaha!