Sunday, September 18, 2011

Banyak Cara Untuk Promosi Perniagaan Internet Anda

Anda boleh mulakan cara promosi perniagaan internet anda dengan membuat flyers. Gunakan PC ataupun cyber cafe, design, cetak dan edarkan flyers perniagaan internet anda ke kawasan-kawasan kediaman berhampiran dengan anda. Kosnya agak rendah untuk menggunakan cara ini.

Anda juga boleh menggunakan teknik sms. Ianya di antara teknik yang berkesan dan termurah untuk tujuan promosi. Banyak terdapat program yang menawarkan kadar sms rendah yang boleh anda gunakan. 

Membuat blog- Ini adalah cara terbaik sekiranya anda mempunyai kemahiran merekabentuk blog bagi mempromosikan perniagaan internet anda. Kepakaran merekabentuk dan mengaplikasikan blog membolehkan blog anda dikunjungi pelawat dari seluruh dunia. Terdapat banyak sumber untuk belajar cara membuat blog dan teknik promosi mengenainya. 

Promosi perniagaan internet
Anda juga boleh menggunakan teknik menghantar email kepada kenalan-kenalan dengan mempromosikan perniagaan internet anda. Cuma, elakkan SPAM kerana anda boleh didakwa kerananya. 

Gunakan Facebook, Instagram, Twitter, Tagged dan yang seumpamanya untuk tujuan promosi. Salah satu contoh terbaik adalah Duta Naga. Teknik biasa-biasa yang boleh melonjakkan jualan anda macam roket. Ianya sangat berkesan jika digunakan dengan cara betul, cara yang diolah dari kursus tersebut.


Iklan-  


Pengiklanan melalui surat khabar juga antara cara terbaik mempromosi perniagaan internet anda. Dengan sedikit modal, anda boleh memulakan pengiklanan produk-produk anda beserta dengan link ataupun alamat blog anda untuk kunjungan pembaca. Terdapat banyak surat khabar dan tabloid yang menyediakan ruangan iklan seperti Harian Metro, Berita Harian, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Warta Perdana dan sebagainya. 



Online Classifieds Ads-  


Senarai Bookmarking SiteIni adalah bentuk pengiklanan bersifat global. Terdapat banyak sumber untuk Online Classifieds Ads samada yang percuma ataupun berbayar. Gunakan pelbagai sumber untuk tujuan periklanan. Bisnes anda tiada erti tanpa pembeli atau pengunjung..