Sunday, September 11, 2011

SEO: Menjana Trafik Secara Percuma

Rasanya banyak dah entry yang dibuat oleh guru-guru internet berkenaan SEO. Peranan SEO ataupun Search Engine Optimization sangat penting dalam perjalanan panjang sesuatu blog ataupun website. Kebijaksanaan seseorang webmaster banyak membantu sesuatu blog ataupun website menjana trafik percuma dan seterus menjana pendapatan bagi blog ataupun website yang berteraskan perniagaan.
Bagaimana teknik untuk bermain SEO? Kalau anda dah biasa dengan thread ataupun post berkenaan SEO, ianya tidaklah sesusah mana. Walau bagaimanapun bagi seseorang yang baru berjinak dengan blog dan website, ianya bagaikan satu mimpi ngeri.
Apa yang perlu anda lakukan untuk menjana trafik menggunakan SEO?
Secara amnya, anda perlu belajar sedikit sebanyak berkenaan kod-kod HTML, anda perlu  belajarof dan tahu menilai sesuatu keyword, anda perlu tahu membina anchor text, anda perlu belajar membuat blog commenting dan menulis artikel, anda perlu belajar dan tahu apa itu Dofollow dan Nofollow blog dan begitulah lebih kurangnya.
Seo
Secara ringkasnya, membuat perkara-perkara di atas secara teratur dan penuh kesabaran, lambat-laun anda mampu menjana trafik secara percuma dan berterusan ke blog dan website anda tanpa perlu lagi bersusah payah menghadap komputer.
1. Bagaimana untuk menentukan nilai sesuatu keyword? 
  • Bagi tujuan optimization anda perlu memastikan percent perkataan sesuatu keyword itu kurang daripada 2% daripada jumlah perkataan sesuatu blog ataupun post. Begitu juga mengenai taburannya. Bagi sesetengah guru, taburan keyword itu haruslah diletakkan di alamat domain, description, meta tag, meta keyword, bahagian atas, tengah dan bawah content. Kadang-kadang melalui label juga perlu diselitkan keyword sasaran anda. Cuma, anda perlu berhati-hati mengenai jumlah percent tersebut.
  • Sesuatu keyword yang baik haruslah mempunyai carian yang tinggi dalam search engine tetapi mempunyai saingan serendah-rendahnya. 
  • Sesuatu keyword yang baik seharusnya bersifat 'buying keyword'
  • Gunakan keyword tool untuk tujuan penilaian keyword pilihan anda.
2. Setelah anda mempunyai keyword pilihan, langkah seterusnya anda harus membina anchor text bagi keyword anda. Anchor text adalah text yang boleh diklik seterusnya membuka halaman atau blog atau website yang baru. Contohnya seperti ini:
Seo: menjana trafik secara percuma

Bila kita taip perkataan `utusan' di search engine seperti Google, secara automatik halaman Utusan Malaysia berada di kedudukan pertama. Jadi formula yang perlu dibuat adalah seperti dibawah
di mana, http://www.utusan.com.my adalah website utusan dan perkata utusan ditengah tersebut adalah keyword sasaran yang di`anchor text'kan supaya pembaca boleh klik.
Jadi itulah yang perlu anda lakukan untuk membina satu anchor text. Anda boleh start mempraktikkannya, dan lihat hasilnya nanti..

3. Biasanya, saya lebih suka membuat blog commenting berbanding menulis artikel. Di dalam blog commenting pula adalah lebih baik sekiranya anda memilih Dofollow blog berbanding Nofollow tetapi kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. Melalui blog Dofollow, setiap komen yang anda buat menggunakan keyword sasaran dan anchor text, mampu melonjakkan ranking blog atau website anda. Sekiranya anda bekerja keras dalam membuat blog commenting, lambat laun blog atau website anda akan berada di muka depan search engine dan tidak mustahil berada pada ranking pertama. Walau bagaimanapun, ianya memerlukan kesabaran yang bukan sedikit mungkin memakan masa berbulan-bulan lamanya. Jadi sekiranya anda mahukan trafik yang banyak, berikan perhatian yang lebih dalam memilih keyword yang mendapat carian yang besar dengan saingan yang kurang dalam search engine.

This Is The Oldest Page