Saturday, July 25, 2015

Cara Promosi Produk di Facebook

Ada pelbagai cara promosi produk di Facebook. Anda peniaga online? Jadi anda perlu tahu sedikit sebanyak teknik-teknik yang boleh dipraktikkan bila berniaga barang di Facebook.

Majoriti peniaga online dah biasa dengan Facebook group, fanpage, like dan comment, namun ada kurang lebihnya teknik-teknik ini. Fanpage contohnya lebih berkesan bila berbayar berbanding mengharapkan trafik percuma. Jadi, ianya melibatkan kos dan pengetahuan until mendapatkan hasil yang lumayan.

Cara Promosi Produk di Facebook
Facebook group pula kurang targeted namun sangat sesuai digunakan sekiranya anda sedang mempromosikan produk baru dan unik. Tarikan daripada ahli-ahli group sangat memukau untuk barang baru dan unik. Tambahan pula ianya percuma.

Like dan comment banyak membantu menjadikannya viral dengan sangat pantas bagi produk-produk yang unik. Inilah senjata utama beriklan menggunakan Facebook. Bayangkan produk yang anda iklankan tersebar hanya setengah jam sahaja. Mesti banyak untungkan.

Namun, sekiranya produk anda telah popular dan kurang unik, tarikan-tarikan di atas menjadi hambar. Di sinilah perlunya anda menguasai teknik berbayar fanpage. Tapi harus diingat ianya bukan percuma. Anda harus bayar kursus-kursus tertentu sebelum dapat beriklan secara begini, selain itu anda juga harus bayar kos pengiklanan di Facebook dan ianya bukan calang-calang harga. Ada pengiklan yang membelanjakan ribuan ringgit untuk memasarkan produk mereka.

Tetapi, ada cara lain yang boleh anda gunakan untuk beriklan secara PERCUMA. Teknik biasa ini diperhalusi, ditargettedkan tanpa anda sedari. Inilah cara promosi produk di facebook terbaik yang boleh anda pelajari. Ianya teknik pemasaran di Facebook tanpa kos pengiklanan. Mulakan pencarian anda di sini.

Artikel lain yang membantu adalah cara mempromosikan produk anda di Instagram