Thursday, October 13, 2016

Teknik Terbaru Beli Kereta Tanpa Slip Gaji

Beli kereta tanpa slip gaji nampaknya bukan lagi mustahil pada masa kini. Terdapat pelbagai cara boleh diusahakan, di antara teknik paling popular adalah jenis sambung bayar sahaja maksudnya tanpa perlu melalui urusan bank, tanpa perlu membuat pinjaman, tanpa slip gaji secara amnya, hanya perlu mencari bakal `penjual', kemudian berurusan dengannya, selesai mencapai kata sepakat, buat bayaran yang sepatutnya dan bawa balik kereta tersebut. Namun begitu pilihan sebegini sangat berisiko tinggi kepada `penjual' dan juga `pembelinya'.

Cara Beli Kereta Tanpa Slip Gaji dan Buat Duit dengannya.

Jika bakal pembeli benar-benar tidak mempunyai slip gaji, ataupun gaji bulanan agak padat dengan komitmen sediada, ada cara lebih mudah dan boleh digunapakai. Ianya ibarat pinjaman mudah tanpa slip gaji, tetapi individu tersebut bukannya perlu meminjam samada daripada bank, syarikat kewangan ataupun orang perseorangan. Baca lagi peranggan di bawah.

Tahukah bahawa terdapat cara baru bagaimana seseorang boleh mendapatkan kereta idaman tanpa slip gaji, tanpa penjamin, tanpa melibatkan bank? Skim pembelian kereta ini terbuka kepada sesiapa sahaja, namun tersangkut disebabkan oleh masalah birokrasi bank. Walaupun bakal pembeli sudah disenarai-hitamkan oleh bank disebabkan pinjaman kenderaan lampau, rumah, pinjaman perniagaan ataupun masalah hutang kad kredit, dia masih berpeluang mempunyai kereta sendiri dengan cara ini.

Walau siapa pun anda! Skim ini terbuka kepada semua:

  1. Muflis, 
  2. Blacklisted, 
  3. CCRIS,
  4. CTOS, 
  5. AKPK,
  6. Pesara,
  7. Pelajar IPTA / IPTS,
  8. Warga Asing,
  9. Bekerja Sendiri,
  10. Suri Rumah,
  11. Gaji yang sudah melebihi komitmen yang sediada,
  12. dll
Jadi semua situasi di atas bukanlah penghalangnya, kerana ianya boleh diusahakan, completely tanpa penjamin melalui skim ini, walaupun sebelum ini bakal pembeli mempunyai rekod kewangan buruk. Skim ini juga terbuka kepada peniaga kecil-kecilan, peniaga besar, peniaga pasar malam termasuk juga warga emas, Ianya juga cukup mudah, tanpa penjamin seperti prosedur biasa dan jika bakal pembeli tersebut mempunyai deposit secukupnya, kereta idaman yang dikehendaki boleh dibawa pulang dalam tempoh 2-24 jam sahaja, sekiranya stok kereta sediada di bilik pameran.

Kebanyakan adalah kereta baru, tetapi ada juga sebahagian kereta terpakai kepada bakal pembeli yang berminat dengan kereta terpakai dan pasti ianya bukan kereta sambung bayar di mana berisiko tertipu adalah tinggi. Skim ini juga tidak menyalahi undang-undang dan ianya mempunyai perjanjian opsyen beli yang sah.

Program naungan AGR HOLDING BERHAD (1186174-V) ini dinamakan AGR cartrade di mana ianya mula diperkenalkan sejak 2014 lagi.

Syarat adalah mudah sahaja, tanpa perlu membuat pinjaman, tanpa perlu slip gaji, tanpa perlu pelbagai bentuk dokumen dan juga tanpa penjamin.
beli kereta tanpa slip gaji

Syarat Skim Kenderaan Mudah Milik (SKMM)

  1. Deposit 20% daripada harga kereta
  2. Salinan kad pengenalan / passport (warga asing)
  3. Salinan lesen memandu
  4. Bil utiliti samada bil elektrik, air ataupun Astro
Hanya itu sahaja dokumen diperlukan dan tempoh pemprosesannya pula adalah kurang daripada 24 jam sekiranya stok kereta sediada di bilik pameran namun jika model kereta tiada, maka bakal pembeli kena menunggu sehingga stok tersebut tiba, dan akan dimaklumkan kelak oleh pihak AGR Cartrade.

Skim ini telah mendapat respon baik daripada pengguna sejak 2014 lagi, cuma kebanyakan bakal pelanggan AGR Cartrade kurang berkemampuan dengan deposit 20% seperti mana telah ditetapkan walaupun begitu terdapat lebih dari 800 buah kereta berjaya dikeluarkan semenjak 2015 lagi.

Kelahiran Pelan Smart Auto Plan (SAP)

Berkisar daripada situlah, pihak AGR telah merangka satu pelan pemasaran merangkumi member get member untuk kemudahan bakal pelanggan yang berminat menyertainya. Terdapat tiga plan sebenarnya untuk membeli kereta idaman itu.

  1. Pilihan Pertama: Untuk golongan yang boleh membuat pinjaman kereta dan mempunyai rekod kewangan yang baik, bakal pembeli boleh meneruskan pembelian dengan kaedah biasa seperti mana berurusan dengan pengedar-pengedar kereta baru dan terpakai lain. Bayaran ansuran bulanan dibuat kepada bank mengikut jumlah pinjaman kereta tersebut.
  2. Pilihan Kedua: Skim Kereta Mudah Milik iaitu disediakan untuk golongan yang mempunyai deposit secukupnya dari harga kereta pilihan walaupun rekod kewangan tidak secantik golongan pertama diatas. Deposit dibayar telah termasuk dengan insuran dan roadtax bagi tahun pertama. Terma perjanjian dibuat dengan pihak AGR Cartrade adalah secara Sewa dengan Opsyen Membeli, di mana bayaran bulanan dibayar kepada pihak AGR Cardtrade (loan kedai). Sebelum membeli dengan pilihan ini, bakal pembeli perlu mendaftar dan membuat Pra-Booking dulu melalui Smart Auto Plan (SAP).
  3. Pilihan Ketiga: Smart Auto Plan di mana program ini diwujudkan kepada golongan yang berminat membeli kereta tetapi tidak ataupun kurang mampu menyediakan deposit secukupnya, tidak mampu membuat bayaran ansuran bulanan dan juga kepada bakal pembeli yang mempunyai rekod kewangan tidak cantik, yang diperlukan untuk membuat pembelian kereta. Program SAP ini mewujudkan satu peluang membeli kereta sambil membuat duit. Dia juga perlu mendaftar ahli Smart Auto Plan.

Melalui mana-mana pilihan di atas, bakal pembeli perlu memilih pra-booking (cengkeram) mengikut pakej tersedia daripada pihak AGR Cartrade seperti di bawah.


Pilihan Pra-Booking Mengikut Pakej:

  1. Silver: Pra-booking sebanyak RM300, untuk kereta berharga RM60k ke bawah
  2. Gold: Pra-booking sebanyak RM1,500 untuk kereta berharga RM120k ke bawah
  3. Platimum: Pra-booking sebanyak RM3,000 untuk kereta berharga RM200k ke bawah
  4. Titanium: Pra-booking sebanyak RM6,000 untuk kereta berharga RM210k dan ke atas.

Wang pra-booking yang dibuat adalah termasuk dalam harga deposit bagi kereta pilihan anda tersebut. Setelah membuat bayaran pra-booking tersebut, bakal pembeli tersebut telah pun terlantik sebagai agen AGR Cartrade secara part time, di mana beliau boleh menikmati bonus yang disediakan oleh pihak syarikat AGR Cartrade dan menggunakannya sebagai deposit bila jumlahnya sudah mencukupi. Lebihan bonus jika ada boleh pula digunakan untuk membuat ansuran bulanan dan jika masih ada lebihan bonus, ianya boleh dikeluarkan ke ATM masing-masing.  Hanya perlu maintain bonus untuk membayar ansuran bulanan.


Bagaimana Sistem SAP Boleh Dimanfaatkan?

  1. Daftar percuma di web sistem Smart Auto Plan.
  2. Join pra-booking serendah RM300 sahaja (silver).
  3. Kumpul deposit kereta dengan memperkenalkan sistem SAP ini kepada 2 orang kawan
  4. Terangkan dan bantu kawan-kawan tersebut dengan memperkenalkan kepada kawan-kawan lain melalui teknik di atas.

Skim networking atau Smart Auto Plan ini sebenarnya menyediakan peluang besar kepada ahli-ahli yang mahukan pendapatan sampingan, teknik buat duit mudah dan memberangsangkan sambil menolong para ahli yang memerlukan kenderaan sebagai keperluan pengangkutan.

Bila anda mendaftar sebagai ahli berbayar, ataupun pre-booking, anda sebenarnya telah selangkah ke arah memiliki kenderaan idaman anda itu. Anda cuma perkenalkan skim beli kereta tanpa slip gaji ini kepada  dua orang sahaja, dan mengajar mereka membuat perkara sama kerana setiap seorang ahli yang anda perkenalkan, anda akan mendapat insentif yang disediakan oleh pihak Agr Cartrade.

Di Antara Bonus Tersedia untuk Anda

  1. Pension Bonus: Dibayar mengikut jualan syarikat setiap bulan dimana AGR memperuntukkan sebanyak 5% daripada jualan syarikat kepada ahli pakej sehingga cukup maksima pembayaran mengikut pakej yang dipilih.
  2. Introducer Bonus: Dibayar kepada ahli baru yang anda perkenalkan mengikut pakej anda dan pakej dia, minima sebanyak RM120. Sila rujuk link di bawah untuk penerangan lanjut.
  3. Presenter Bonus dibayar kepada anda sekiranya anda memperkenalkan dan mendaftarkan program ini kepada ahli baru.
  4. Development Bonus adalah bonus tersedia bila terbentuk dua kumpulan ahli kiri dan kanan anda.
  5. Roll-Up Introducer Bonus: Sila link dibawah untuk lebih memahami sistem Roll-Up Introducer Bonus
  6. Flushing Bonus adalah bonus yang dibayar berdasarkan jika terdapat hanya satu rangkaian sahaja dalam tempoh dua bulan (pampasan bonus).
  7. Maintenance Bonus. Tidak diwajibkan, maintainan bulanan sebanyak RM150 membolehkan anda menerima tambahan development bonus
  8. Extravaganza Bonus. Ini adalah bonus point terkumpul melalui jaringan bisnes yang anda bina itu.
Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas berkenaan bonus-bonus di atas sila ikut link Usahawan Agr ini.

Ramai ahli-ahli AGR Cartrade telah berjaya dengan skim ini. Mereka bukan sahaja berjaya mendapatkan kenderaan idaman tetapi juga berjaya memperolehi ratusan malahan ribuan ringgit setiap bulan hasil daripada usaha memperkenalkan skim ini kepada orang lain yang memerlukannya. Jangan lupa layari bahagian testimoni di link di atas di mana terdapat ramai yang telah melakukannya.

Mahukah anda percaya jika dikatakan mereka ini sebenarnya mendapat lebih daripada itu? Skim 8 jenis bonus seperti di atas memberikan banyak faedah yang tidak dimiliki oleh pembeli-pembeli kereta biasa.

Tidakkah anda percaya bahawa mereka ini seolah-olah memperolehi kenderaan secara percuma, kerana setelah mereka  berjaya mempromosikannya, mereka mempunyai wang lebihan ataupun bonus yang banyak untuk menampung bayaran bulanan kenderaan masing-masing, tidak termasuk wang saku masing-masing.

Jangan terkejut jika anda dapati mereka semua ini lebih senang membuat pembayaran ansuran bulanan berbanding mereka yang membuat pinjaman dari bank komersial sediada. Namun semua itu anda boleh nilaikan sendiri, klik dan bacalah semua testimoni-testimoni tersedia.

Dan, anda juga jangan terkejut sekiranya skim beli kereta tanpa slip gaji ini bertambah besar sedikit masa lagi kerana jumlah orang yang gagal membuat pinjaman bank untuk kenderaan sangat ramai di luar sana. Jumlah kegagalan semakin bertambah saban tahun bukan sahaja disebabkan senarai hitam, tetapi ada juga kegagalan disebabkan nilai pinjaman tersekat kerana nisbah gaji kecil berbanding keperluan termasuk perbelanjaan peribadi, perumahan, pembayaran pembelajaran, perubatan, insuran peribadi dan macam-macam sebab lagi.

Terdapat pelbagai kereta untuk anda pilih daripada model-model Proton, Perodua, Honda, Toyota, Kia dan pelbagai lagi. Sila rujuk link di atas untuk melihat model-model yang sediada di ruang pameran AGR Cartrade.

Jadi, jika anda bermasalah untuk membeli kenderaan idaman anda kerana birokrasi institusi kewangan, ataupun anda mahu mencari duit lebih sebagai kerja sampingan, anda harus mencubanya, baca perlahan-lahan, hadamkan sistem yang disediakan, daftar percuma, kemudian buat pre-booking dan mulakan mencari rakan ataupun prospek anda. Banyak cara boleh anda usahakan dengan program beli kereta tanpa slip gaji ini samada secara offline ataupun menggunakan social media seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp dan bermacam-macam jalan lain lagi. Selamat berusaha!