Sunday, November 13, 2016

Cara Mempromosikan Produk Secara Online dengan Whatsapp

Cara mempromosikan produk secara online dengan Whatsapp kini menduduki trend teratas di Malaysia. Siapa yang tidak mempunyai akaun whatsapp hari ini? Hampir semua pengguna smart phone menggunakannya daripada peringkat pelajar, suri rumah, para pekerja dan juga para peniaga kecil dan besar, malahan Malaysia tercatatkan sebagai di antara pengguna tertinggi application Whatsapp di dunia.

Jika anda seorang peniaga, cuba anda perhatikan hampir kesemua peniaga-peniaga online dan juga offline menggunakan hand phone dan Whatsapp mereka sebagai cara mempromosikan produk secara online

Jadi cara mempromosikan secara langsung ini adalah merupakan senjata bagi mereka dan kemungkinan besar anda juga pengguna setianya samada ada pengguna biasa ataupun sebagai seorang usahawan.

Jadi jika anda seorang peniaga, gunakanlah application anda itu secekap mungkin sebagai cara mempromosikan produk secara online, sebagai cara promosi penjualan untuk close customer anda dengan bijaksana kerana ianya adalah susunan kata-kata cara mempromosi barang jualan yang sistematik, secara langsung dan juga seolah-olah secara lisan agar urus niaga cepat laku dan sememangnya ianya perlu dibuat dengan penuh teratur agar menarik perhatian prospek anda dan seterusnya memudahkan urusan pembelian.

Pendekatan yang baik dan betul akan membuahkan hasil yang menggunung kerana anda betul-betul berdepan dengan prospek anda di dalam posisi `membeli'. Ya, dalam posisi yang paling hampir untuk melakukan pembelian dan dengan itu cara promosi penjualan sebegini boleh digunakan untuk semua jenis produk seperti makanan, minuman, makanan ringan, produk kecantikan, produk kesihatan, mlm dan termasuk juga untuk mempromosikan produk affiliate seperti menjual e-book, insuran, jual-beli kenderaan malahan ada ahli bisnes yang menggunakannya untuk event bisnes masing-masing.

Banyak kegunaan applikasi Whatsapp sebenarnya dan hampir kesemuanya menuju ke arah closing sale. Sememangnya teknik mempromosikan produk secara langsung ini akan menjadikan anda sibuk, tak menang tangan jika anda tahu kemahiran mengawalnya.

Jadi, anda sendiri haruslah bersedia untuk menghadapi pertanyaan demi pertanyaan yang akan menghuru-harakan hand phone anda dan anda juga harus bersedia dengan Whatsapp setting yang betul, teknik menjawab yang bernas, teknik memujuk yang berkesan malahan jika anda berpengetahuan anda boleh pula menyedut nombor telepon bakal prospek anda dengan hanya mengunakan applikasi Whatsapp anda tanpa perlu menghabiskan duit dengan Facebook ads, instagram, Google Adwords dan sebagainya. Ianya akan menjadi totally zero cost marketing.

Tak kira apa produk yang anda jual, teknik dan ilmulah kuncinya. Anda kuasai kuncinya, bisnes anda akan meletup-letup, anda tidak mempunyai kuncinya, kedai bisnes anda akan menjadi malap. Sebab itulah ada sesetengah peniaga online dan offline yang begitu berjaya membuat jualan sehingga mencecah tiga atau empat angka sehari, dan ada juga peniaga online dan offline yang totally gagal, gagal menjual walaupun satu jualan sehari malahan tiada jualan langsung dalam sebulan, ini disebabkan walaupun kedua-dua kes atau contoh mereka di atas mempunyai dan menggunakan applikasi Whatsapp yang sama. Result atau keputusan sesungguhnya berbeza bergantung kepada pengetahuan dan skill masing-masing.
cara mempromosikan produk

Baca: Cara Promosi Produk Di Instagram

Cara Mempromosikan Produk Secara Online dengan Whatsapp

Gabungan Teknik Whatsapp Power - Zero Cost Marketing

TERBARU! Tahukah anda bahawa teknik Whatsapp power boleh membantu anda melakukannya? Walaupun anda tidak pernah melakukannya sebelum ini, walaupun anda baru belajar berniaga. Teknik ini secara amnya mengajar anda cara setting application Whatsapp anda dengan betul, kemas dan teratur, namun begitu ianya juga datang dalam bentuk membantu meluaskan lagi skop mendapatkan dan juga menjinakkan bakal prospek anda ke arah posisi membeli. 

Bayangkan jika anda mahir dengan teknik bagaimana nak menyedut nombor hand phone bakal pelanggan anda untuk menyertai anda dalam group yang anda sendiri kelolakan. Anda bertindak sebagai admin yang mengawal pergerakan group tersebut ke arah posisi membeli produk yang anda jualkan. Hebat bukan? Jadi itulah fokus utama teknik Whatsapp power ini.

Bayangkan jika anda mampu mengumpulkan 1,000 nombor prospek ke dalam Whatsapp anda sendiri supaya anda mudah mempromosikan produk anda terus kepada mereka tanpa gangguan daripada pesaing anda, supaya anda boleh mempengaruhi mereka supaya membeli barang jualan anda dengan hanya tekan keypad daripada meja makan anda sendiri. 

Bayangkan bagaimana anda boleh membuat keuntungan daripada sumber itu lagi dan lagi, maka anda tidak perlu keluar rumah untuk mencari perkerjaan lain malahan anda juga tidak perlu bersusah payah mencari apa-apa kerja sampingan bagi mengurangkan beban kewangan. Semuanya mudah hanya dihujung jari. Jadi di sinilah point-point yang diketengahkan melalui teknik Whatsapp power. 

Anda pelajari tekniknya, mahirkan diri dengan selok-belok settingnya supaya proses penjualan anda menjadi semakin mudah.

Script Copywriting - Teknik Ayat Power Pun Ada

Bagaimana dengan ayat power pulak? Ya, ini pun ada tersedia bersama pakej ini. Teknik copywriting ataupun ayat-ayat power juga tersedia dengan teknik Whatsapp power ini yang memudahkan anda mendapat idea bagaimana untuk memperkasakan promosi yang anda sedang buat. 

Anda cuma ambil contoh yang tersedia kemudian ubahsuai mengikut kesesuaian bisnes anda dan praktikkan. Jadi anda kuasai teknik menjual dengan Whatsapp beserta dengan teknik copywriting yang berkesan untuk menghasilkan jualan yang memberangsangkan. 

Jadi anda dan bisnes anda perlu dilengkapi dengan teknik-teknik ayat power ini secepat mungkin kerana tanpanya proses menjual akan menjadi hambar dan prospek anda dengan mudah akan beralih arah kepada pesaing anda.

Persaingan yang sengit dalam apa bentuk perniagaan sekarang ini tidak boleh dinafikan lagi dan ini boleh menjadikan situasi perniagaan anda menjadi semakin pudar dan anda boleh kehilangan jualan dengan mudahnya kepada pesaing anda. 

Kehilangan seseorang pelanggan yang sudah hampir membeli adalah sesuatu yang memeritkan, jika anda pernah laluinya anda boleh tahu kesannya sehinggakan boleh menyebabkan emosi terganggu, makan pun tak berselera, mood akan jatuh. 

Jadi teknik mempromosikan produk dengan berkesan adalah perlu dimahiri dengan susunan kata-kata yang mempengaruhi emosi bakal pembeli, susunan testimoni yang boleh anda tunjukkan kepada bakal pelanggan anda malahan teknik setting pada Whatsapp juga harus diberi perhatian supaya bakal pelanggan anda sedar mereka berurusan dengan penjual yang sebenar dan berkaliber. 

Jadi, cara promosi yang bijak adalah menggunakan sebaik mungkin segala senjata pemasaran yang ada, dan yang paling berkuasa di antaranya adalah ayat-ayat yang power yang perlu anda pelajari agar penerimaan bakal pembeli anda menjadi menarik dan urusan jual-beli menjadi mudah.

Imej Produk dan Teknik

Selain daripada itu, anda juga memerlukan tool lain yang boleh membantu anda dalam cara promosi penjualan secara online ini, contohnya aplikasi-aplikasi untuk melukis dan mengedit imej produk anda kerana imej produk juga adalah alat atau teknik yang amat berkesan dalam menonjolkan produk di internet. 

Tanpa gambar, iklan anda menjadi hambar, Kehambaran imej juga boleh mengurangkan daya tarikan iklan anda. Tentu anda pernah melihat gambar-gambar yang dihasilkan oleh peniaga-peniaga lain yang cantik, kemas dan memberi maksud yang tepat kepada barang jualan mereka, dan ini juga merupakan satu lagi kemahiran yang perlu anda ada dan kuasainya. 

Sekeping gambar produk yang cantik dan kemas boleh menceritakan seribu perspektif yang baik kepada produk itu sendiri dan mungkin ianya menjadi lebih berpengaruh walaupun tanpa adanya ayat-ayat promosi. Gambar boleh menceritakan segala-galanya.

Gabungan ayat power dan gambar produk yang menarik boleh menjadi senjata yang sangat kuat dalam jualan anda. Jadi anda perlu melengkapkan teknik promosi anda dengan alat-alat ini dan cara melakukannya.

Jadi sekali lagi, cara mempromosikan produk secara online yang betul memerlukan anda mengumpulkan kesemua senjata yang anda ada dan perlukan, dan ini menjadikan pertempuran anda dengan bakal pelanggan akan menjadi lebih mudah dan sistematik. 

Bila kesemuanya sudah sistematik, keputusan akan mudah berpihak kepada anda, sebagai seorang penjual. Jadi secara ringkasnya teknik Whatsapp power adalah teknik mengumpulkan segala jenis senjata untuk digunakan secara bersama oleh penjual-penjual moden yang berjuang dengan prospek masing-masing sebagai cara yang efektif untuk mempromosikan produk masing-masing dan memenangi pertempuran tersebut.

Kesemua teknik-teknik ini perlu digabungkan, disusun, diolah dengan teratur supaya anda menjadi sentiasa bersedia dan juga memudahkan bakal pelanggan anda berurusan. Andai kata anda tidak bersiap-sedia, gugup, kalut ataupun lambat memberi reaksi terhadap pertanyaan atau keperluan mereka, anda boleh kehilangan mereka, anda boleh kehilangan mereka hari ini, esok dan mungkin sampai bila-bila.

Kegagalan sebeginilah yang akan merugikan peluang anda dalam berniaga, ianya boleh menjadikan prospek anda menjadi serik dan takut berurusan dengan anda. Kegagalan sebegini perlu diatasi sekiranya anda ingin menjadikan bisnes sebagai darah daging anda.

Namun jika ianya dapat diatasi, masa depan anda dalam bidang jualan akan menjadi sangat cerah dan peluang anda terbuka luas dalam bidang jualan dan juga pengurusan pelanggan. Kemahiran anda dalam teknik pengurusan pelanggan akan meletakkan anda sentiasa di atas, walaupun di kala orang lain tengah tenat mengharungi kegawatan kewangan.

Selain itu terdapat banyak lagi bonus-bonus yang boleh anda dapati daripada ebook teknik Whatsapp power ini. Di antaranya, teknik menambah kenalan yang sangat targeted di akaun Facebook. Inipun adalah satu senjata yang penting kerana apabila rakan-rakan Facebook anda targeted, proses mempromosi dan proses menjual menjadi cepat viral, dan menjadi mudah dikenali. 

Ini adalah seperti konsep iklan di tv contohnya KFC, walaupun KFC dikenali ramai di seluruh dunia namun bila kita perhatikan iklannya muncul setiap waktu, setiap hari, setiap minggu malahan sepanjang tahun kerana proses branding ini juga amat penting dalam perniagaan. 

Proses branding ini menjadikan produk jualan anda menjadi sebutan, ingatan dan juga trend dan ianya berlaku bila ianya menjadi viral atau menjadi buah mulut, apa sahaja bidang perniagaan sebegini akan menjadi cepat berkembang. 

Sememangnya betul, contohnya adalah lebih mudah kita bercerita dengan kawan yang mempunyai pengetahuan yang sama dengan kita berbanding dengan kawan yang berlainan ilmu. Proses jualan dan perniagaan pun sama juga sebenarnya.

Selain itu terdapat banyak lagi bonus-bonus yang terdapat di dalam ebook ini, kesemuanya adalah berkisar dengan cara mempromosikan produk melalui media massa terutamanya menggunakan Whatsapp. 

Akhir sekali terdapat juga link affiliate yang boleh anda gunakan untuk menjual e-book teknik mempromosikan produk dengan Whatsapp power ini kepada rakan-rakan anda yang berminat ataupun rakan-rakan bisnes anda, jadi anda pun boleh menyebarkan ilmu ini kepada orang lain sebagai sumber pendapatan anda pula. Ilmu Whatsapp power ini adalah sesuatu yang tidak boleh diketepikan lagi sekarang ini kerana ilmu-ilmu sebegini boleh menjadikan kita berjaya dalam sekelip mata jika ianya betul-betul dipraktikkan. 

Untuk info lanjut anda boleh baca melalui link ini. Selamat berjuang kepada para peniaga sekelian