Monday, November 14, 2016

Contoh Kerja Sambilan Di Rumah Terkini

Kerja sambilan di rumah terkini yang mudah serta boleh anda buat untuk mencari duit tepi sebenarnya banyak. 
kerja sambilan di rumah

Terdapat pelbagai pilihan kerja sambilan di rumah jika anda tidak memilih seperti memasang barang kilang, kedai makan, berniaga pada waktu malam serta bermacam-macam lagi.

Bila berada menghadap komputer, rajin-rajinlah Google terma kerja sampingan di rumah terkini, belek banyak-banyak halaman Google, rajinkan membaca serta menyelinap halaman-halaman web tersebut, pasti akan terjumpa dengan berbagai-bagai benda bersesuaian dengan kebolehan anda. 

Cuma kebijaksanaan memilih akan menentukan cepat lambat kejayaannya. Namun tidak perlu risau, dalam banyak-banyak pilihan, pasti ada sekurang-kurangnya satu pilihan yang bersesuaian. Tepuk dada tanya selera sebelum membuat pilihan.


kerja sampingan di rumah
kerja sampingan di rumah





Banyak Pilihan Kerja Sambilan Di Rumah Terkini


Pernah tak dengar kisah abang bangla memperolehi gaji RM5,000 sebulan, dengan sepenuh masanya full-time serta part-time. Bab part-timenya paling menarik kerana beliau hanya mengambil upah memotong rumput.

Tanpa mengira penat serta panas, akhirnya kisah gaji RM5,000 sebulannya menjadi viral di Facebook. 

Ianya adalah perkara yang kita tidak ambil endah sebelum ini, tetapi abang Bangla tersebut berjaya; maksudnya jika kita hendak, kita akan dapat mencapainya, tak kira apa, tak kira bagaimana.

Jika tidak kisah, upah memotong rumput sudah cukup lumayan jika dilakukan secara bersungguh-sungguh. 

Katakan bayarannya RM30 satu halaman, kalikan dengan 30 hari, hasilnya dah RM900 sebulan, cukup menguntungkan, secara sambilan sahaja. 

Sesiapapun boleh melakukannya jika mereka ada mesin rumput. Pergi jer ke mana-mana rumah yang halamannya semak, serta beritahu servis tersebut, insya Allah akan ada habuannya.

Jangan memandang rendah seseorang yang menjahit kasut, sebab sebenarnya hasil menjahit kasut pun lumayan. Hampir semua orang perlukan kasut serta sandal yang baik serta elok, hampir tiada sesiapa pun akan membuang kasut koyak mereka, selagi ianya boleh dibaiki. 

Jadi, ke manakah biasanya mereka akan tuju? Ke tempat orang yang menjahit kasutlah. Jika sepasang kasut upahnya RM15, dalam sehari katakan mereka membaiki hanya sempat menjahit 3 pasang kasut, maka dalam sebulan jumlahnya 90 pasang darab RM15 bersamaan RM1,350. 

Lumayan kan? Modalnya berapa ringgit sangat untuk beli getah, tapak kasut, benang, jarum dan gam. Tapi, tidak ramai orang Melayu minat mengusahakannya, majoritinya dikuasai oleh orang seberang. Namun, ianya adalah satu peluang cerah jika tidak masakan ada orang sanggup melakukannya.


kerja menjahit di rumah

Biasanya rumah orang Melayu terdapat mesin jahit, jika mereka mengasah bakat dalam aktiviti menjahit, aktiviti ini pun boleh menjana pulangan lumayan tiap-tiap bulan. Menjahit secara sambilan boleh dilakukan sambil goyang kaki sahaja, jika hari-hari ada tempahan, hari-hari mereka dapat duit. Modalnya pun rendah sahaja. 

Namun jika tiada kemahiran, terdapat banyak tempat menyediakan kursus menjahit untuk dipelajari, contohnya pusat giat MARA ataupun tempat-tempat kursus berbayar. Namun, tempat paling strategik untuk belajar serta berlatih menjahit adalah rumah mereka sendiri. 

Ianya boleh dimulai dengan menjahit pakaian sendiri, pakaian adik-beradik, emak-ayah termasuk juga kawan-kawan, lama-kelamaan akan datang kemahiran.


kerja tukang gunting

Kepada sesiapa berminat menggunting rambut, bisnes gunting rambut pun laku. Mana-mana sahaja bisnes ini boleh dilakukan, di kampong ataupun dibandar. 

Jika tak tahu nak mulakan bagaimana, boleh mulakan dengan menggunting rambut adik-beradik, lama-kelamaan orang akan tahu, akhirnya ianya boleh jadikan pendapatan sampingan berkekalan. 

Bisnes menggunting rambut sentiasa ada permintaan serta sambutan, paling tidak pun, di awal musim persekolahan ramai ibu bapa memerlukan servis ini.

Bagi sesetengah orang kampong, sumber kerja sampingan di rumah boleh diambil contoh terletak belakang rumah sahaja. Tanamlah apa-apa sahaja, nilai komersil pada cili api, limau nipis, lengkuas, kunyit, kacang botol serta bermacam-macam lagi semuanya tinggi hari ini. 

Tidak perlu berladang, memadai sahaja dengan hanya berkebun ataupun semaikan saja biji benih lalu biarkan ia hidup sendiri. Lama-kelamaan ia akan memberikan hasil.


berkebun


Semua restoran perlukan limau nipis, lengkuas pun begitu juga, kangkong, timun batang, bendi semuanya bernilai. Tanam pisang, lagilah permintaannya sentiasa ada oleh penjual goreng pisang. 

Sebenarnya inilah lubuk duit orang-orang kampong, berdepan dengan kenaikan harga barangan, mereka memonopoli barisan hadapan sebahagian barangan dapor malahan jangan terkejut jika mereka boleh hidup dengan usaha sampingan begini kerana barangan sebegini mempunyai nilai pasaran sangat tinggi, terutamanya sejak akhir-akhir ini malahan nilai hasil pasarannya semakin meningkat mengikut peredaran masa.

Semua benda-benda ini ada harganya cuma kita yang tak nak mengambil peluangnya. Benda-benda inilah saban hari meningkat harganya samada kita sedar ataupun tidak. Jika kita ke pasar kadang-kadang kita akan terjumpa buah jambu golok ataupun disebut gajus dimana harganya 3 biji seringgit

Nampak tak nilainya, kalaulah kita sendiri tanam serta jualkan boleh anda bayangkan berapa nilainya di pasaran? Semua benda-benda simple ini tinggi nilainya. Benda mudah. dibuat secara sambilan hanya dari rumah sahaja.

Itu adalah sebahagian kerja sambilan di rumah sediada, sebenarnya ada bermacam-macam kaedah lagi jika benar-benar nak cari duit lebih. 

Pada waktu sembahyang Jumaat, cuba perhatikan terdapat ramai peniaga mengambil kesempatan berniaga di kawasan masjid, kadang-kadang kita akan terjumpa (sebenarnya ramai) peniaga menjual minyak wangi. 

Menjual minyak wangi sebenarnya memerlukan modal kecil sahaja, tetapi jika dijual dengan tetap serta rajin, upah bulanannya boleh kalah dengan gaji cikgu sebulan. 

Tak percaya? Cuba korek cerita daripada rakan peniaga minyak wangi, kalau ada. Jika betul caranya anda tidak akan kecewa dengan hasilnya.


Cari Pilihan Top dan Terkini

Jika berkemahiran menggunakan komputer, Facebook, Whatsapp dan lain-lain media social, terdapat banyak pilihan lainpilihlah mana-mana program kerja sambilan di rumah bersesuaian. 

Jika tidak tahu bagaimana nak bermula, banyakkan membaca perkara-perkara yang berkaitan dengannya melalui Facebook page, group, blog, forum-forum melalui internet, ataupun lebih baik lagi dengan membeli dan membaca buku-buku yang berkaitan ataupun belilah e-book serta bacalah daripada orang-orang berkemahiran di dalam bidang masing-masing. Sekiranya sayangkan duit, Googlelah insyaAllah anda akan berjumpa dengan formula serta caranya.

financial freedom for everyone

Pilihan Kerja Sampingan di Rumah Sesuai

Antara bisnes online paling popular masa kini ialah bisnes affiliate daripada platform Klikjer, bisnes dropship serta affiliate EdyMall, termasuk juga program affiliate Dutanaga

Sebenarnya banyak lagi pilihan lain, jadi jika ingin memulakan langkah baru dalam bidang perniagaan online, apa salahnya jika dimulai dengan baca-baca dulu, kaji kelebihan serta kekurangan masing-masing, jadi mulakan langkah anda dengan hati yang tetap. 

Untuk memulainya memerlukan banyak masa mengkaji, mencuba dan hati anda kena kering kerana kadang-kadang anda telah mencuba segalanya, hasilnya masih kabur. 

Dipendakkan cerita anda kena cuba dan bersedia menerima kekalahan. Tiada jualan, respon yang negatif, barang jualan yang kurang ataupun tiada permintaan, kegagalan anda dalam mempromosinya adalah di antara asam-garam yang perlu anda tempuhi.

Platform Klikjer

affiliate klikjer

Jika sudah bersedia, cuba bermula dan mengkaji program-program ini, contohnya program affiliate Klikjer. Merupakan salah satu platform affiliate popular kat Malaysia sekarang ini, pendaftarannya percuma sahaja. 

Sebenarnya ramai dah tahu dan mempromosikan biz ini namun ramai juga tidak pernah dengar ataupun tidak mengambil peluang disediakan. Apa yang perlu dilakukan cuma daftar secara percuma kemudian, pilih mana-mana produk e-book tersedia, akhirnya promosikan produk tersebut melalui link pendaftaran tersebut. 

Terdapat banyak cara promosi, paling senang ialah dengan menggunakan Facebook, salah satu teknik termudah dan terkini yang mana boleh melakukannya semudah dengan smartphone sahaja ataupun boleh juga menggunakan aplikasi Instagram ataupun blog ataupun apa-apa cara sesuai untuk mempromosikannya. 

Setiap jualan yang terhasil, anda akan memperolehi komisyen pada setiap akhir atau awal bulan berikutnya.

Program Edymall


Pilihan seterusnya pula adalah Edymall. EdyMall adalah platform biz affiliate dan juga dropship bagi kebanyakan barangan popular. Pendaftarannya juga adalah percuma, caranya juga hampir sama dengan yang di atas.

Setelah pendaftaran aktif, cari, kaji dan pilih mana-mana produk tersedia, kemudian promosikan dengan cara yang sesuai. Banyak produk-produk popular terdapat di sini. 

Ramai orang menjalankan bisnes dropship dengan EdyMall, dan ramai dah berjaya dengannya juga. Jadi, jika anda kekurangan modal untuk berbisnes sendiri seperti orang lain, platform dropship ini adalah salah satu pilihan terbaik sebagai kerja sampingan di rumah.

Program Affiliate DutaNaga (Berbayar)


Manakala pilihan kerja sampingan di rumah yang ketiga adalah program Dutanaga iaitu platform yang sedikit berbeza namun ianya merupakan model terbaik untuk cari duit dan buat duit. Ianya berbayar, namun pendaftaran permulaan adalah PERCUMA juga,

Setelah menjadi ahli berbayar, mulakan promosi link keahlian anda untuk setiap komisyen yang dibayar sehingga rm50 satu jualan. Namun, paling penting adalah kandungan bisnesnya. 

Dutanaga adalah program affiliate yang mengajar anda bagaimana untuk mempromosikan apa-apa saja produk yang anda ada ataupun yang anda mahu pasarkan melalui Facebook dengan kaedah zero cost marketing

Anda akan belajar bagaimana mencari prospek berkualiti yang anda perlukan, bagaimana untuk menukar prospek anda menjadi customer dan banyak lagi teknik-teknik pemasaran internet. Klik link ini untuk mendapatkan gambaran bagaimana Dutanaga berfungsi. 

Pilihan ketiga ini merupakan yang terbaik kerana dalam modul ini anda akan mahir teknik-teknik mencari pelanggan tak kira bisnes apa yang anda ceburi. Jika anda hendak menjual produk fizikal di Facebook, ini caranya dan ramai orang yang perlukan teknik sebegini. 

Jika anda hendak menjual produk digital, ini juga caranya malahan sekiranya bisnes anda berbentuk servis seperti event management, bisnes berkaitan perkahwinan, fotograpi, broker dan pelbagai lagi, ini juga caranya. Jadi anda boleh mula berkenalan dengan Dutanaga ini.

Program Affiliate Antarabangsa

affiliate clickbank

Jika anda suka dengan blog dan website, banyak program affiliate lain yang boleh anda pilih contohnya Adsense, program affiliate dari Amazon, program affiliate Clickbank dan bermacam-macam lagi lah. 

Anda boleh survey sendiri di Google untuk membuat pilihan yang datang dalam pelbagai bentuk cuma anda perlu tapis yang mana betul dan yang mana menipu. Membuat program part time dengan blog boleh dikatakan sungguh lumayan jika anda berjaya mengharunginya, kerana potensi pasaran yang luas terutamanya daripada luar negara dan hasilnya juga lumayan kerana anda akan dibayar dalam bentuk USD

Terdapat ramai orang Malaysia yang dah berjaya menjana empat ataupun lima angka sebulan dengan program-program ini.

Namun, rintangannya juga besar. Pertamanya anda mesti boleh berbahasa Inggeris kerana inilah medan utamanya. Tanpa bahasa Inggeris anda akan gagal sepenuhnya kerana bakal pelanggan anda bertutur, membaca dan memahami bahasa Inggeris, jadi anda harus bersedia dengannya suka ataupun tidak. 

Berblogging dengan bahasa Inggeris tidak mudah bagi ramai orang namun ianya tidak mustahil. Anda boleh mencubanya dengan blog percuma dahulu seperti blogger.com

Selain itu, ianya memerlukan kesabaran yang tinggi, pengetahuan yang meluas mengenai teknik berblogging termasuk memahami dan memasang kod, menulis artikel, mempromosi artikel blog anda dan pelbagai cabaran lain. 

Namun, ianya bukan lagi mustahil di zaman IT ini, semua maklumat yang anda perlukan hanya di hujung jari sahaja. Usaha tangga kejayaan.


kerja part time online di rumah


Jadi sesungguhnya platform-platform di atas boleh membantu untuk menjadi usahawan kampong dan internet berjaya, cuma ianya bergantung kepada usaha sendiri dan juga tahap kesabaran untuk menghadapinya. 

Semua contoh kerja sampingan di rumah di atas memang popular di Malaysia dan ramai yang melakukannya. Jadi, jika hendak berjaya seperti mereka kenalah mulakan langkah pertama dahulu iaitu survey, kaji dan membuat pilihan bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan sendiri. 

Tak mustahil di zaman moden ini untuk berjaya seperti orang lain, cuma kenalah pilih mengikut kesesuaian, dapat membezakan halal dan haram, dapat memberikan hasil yang senang ataupun susah.

Mahukan pilihan kerja sambilan di rumah yang terbaru? Cuba bisnes ini juga! Anda tidak akan kecewa dengan potensi besarnya, kerana ramai dah membuktikannya. 

Masalah kenaikan harga minyak dan harga barang, kenaikan taraf hidup, kenaikan kos kehidupan menjadikan ianya peluang baik untuk anda mendalaminya kerana jika anda tidak berminat orang lain akan merebutnya. 

Anda boleh menjadikan program kerja sambilan di rumah ini sebagai projek jangka masa panjang, hasilnya juga adalah lumayan. Cuba klik link contoh mana-mana kerja sampingan di rumah kat atas, anda boleh mula membaca dan memahani selok-beloknya sebelum melakukannya.