Monday, November 28, 2016

MAHA 2016: Sumber Ejen dan Dropship 2017

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau MAHA 2016 akan kembali lagi sempena cuti sekolah tahun 2016 ini. MAHA 2016 akan berlangsung daripada 1hb November sehingga ke 11hb November ini di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor. 

Fokus MAHA 2016 yang akan berlangsung selama 11 hari adalah kepada pelancongan tani, perdagangan dan gaya hidup agro, inovasi teknologi terkini. Ianya menyasarkan peningkatan sebanyak 30 peratus golongan usahawan muda melalui Agro Youth.
Sumber Dropship

Jadi ini adalah berita baik kepada semua yang nak menjadi ejen dropship ataupun pengedar produk-produk baru dan lama berasaskan pertanian dan sebagainya, inilah lubuknya. Jika anda berada berhampiran Selangor jangan sia-siakan peluang yang datang setahun sekali sahaja ini.

Jika anda pernah mengunjungi ekspo MAHA sebelum ini, anda pasti tahu bahawa terdapat ribuan produk-produk baru dan lama terutamanya yang tersedia untuk pasarkan. MAHA bukan sahaja lubuk rezeki kepada pengusaha-penguasaha pertanian dan perusahawanan, namun ianya boleh menjadi lubuk rezeki kepada ejen-ejen pemasaran yang berminat meneroka pasaran bagi produk-produk baru.

Objektif dan Peluang Menanti Anda


Untuk pengetahuan anda MAHA 2016 akan menampilkan 1,500 gerai pameran yang meliputi agensi-agensi tempatan dan juga swasta serta penyertaan dari luar negara. Diantara tarikan utama MAHA 2016 adalah seperti berikut :-

  1. Seminar perniagaan
  2. Bengkel
  3. Pelancaran produk
  4. Demonstrasi teknologi inovasi pertanian
  5. Agro bazaar
  6. Pelancongan tani
  7. Persembahan kebudayaan
  8. Demonstrasi masakan 


Sumber Dropship Anda

Nampakkan? Peluang terbesar menanti anda untuk meneroka pasaran-pasaran baru bagi produk-produk yang belum dimonopoli sepenuhnya. Jadi, jika bidang yang anda sukai adalah dropship ataupun pemasaran, persiap-sediakan diri anda sekarang.

Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah mengunjungi pameran ini, mengunjungi tapak-tapak pameran yang disediakan, melihat sendiri, menyenaraiputihkan produk yang anda rasa boleh diketengahkan dan memulakan pelan pemasaran anda menjelang tahun baru 2017.

Kenali para pengusahanya, dapatkan segala bentuk infomasi yang anda fikirkan perlu sebanyak mungkin, kerana ini boleh memperluaskan sumber dropship anda di kemudian hari. Jumpa anda di sana!